fbpx

Sheila Marcia selamat melahirkan bayi lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHEILA MARCIA

PELAKON dan juga model jelita, Sheila Marcia selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Elijah Jerome Zev Emmanuel pada Isnin lalu.

Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh suaminya, Dimas Akira menerusi akaun Instagramnya.

“Welcome to the world my son (selamat datang ke dunia anakku) pada pukul 8.43 malam dengan berat 3.6 kilogram.

“Isteriku yang hebat @itssheilamj tahniah sayang,” ujar Dimas.

Perkongsian berita gembira itu turut mendapat reaksi dalam kalangan rakan selebriti lain yang telah mengucapkan tahniah dan doa buat pelakon tersebut.

“Wow, selamat datang baby Zev. Semoga kamu diberkati Tuhan,” ujar komposer Eka Gustiwana.

Sebelum bersalin, pelakon filem Hantu Jeruk Purut itu sempat menulis status mengatakan jika suaminya, Dimas tidak tidur semalaman kerana bimbang.

“Suami tidak tidur 24 jam kerana bimbang sesuatu hal buruk terjadi pada aku saat bersalin nanti.

“Bahkan dia tidak meninggalkan aku dalam keadaan sakit sendirian. Terima kasih suamiku,” ujar Sheila.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI