fbpx

Andika Mahesa kembali bersama Kangen Band

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANDIKA MAHESA

SELEPAS lapan tahun berpisah, penyanyi Andika Mahesa kini kembali bergelar vokalis Kangen Band sejak sebulan lalu.

Perkara tersebut disahkan gitaris Kangen Band, Tama Wijaya.  

“Sudah lapan tahun dia (Andika) berpisah dengan Kangen Band dan membawa haluannya sendiri.

“Kini dia sudah kembali bersama kami,” ujar Tama.

Menurut Tama, sejak Andika mengambil keputusan tidak lagi menjadi vokalis kumpulan yang ditubuhkan sejak tahun 2005 itu, populariti Kangen Band juga turut terjejas.

 “Pihak pengurusan telah memujuk Andika untuk menyertai semula Kangen Band dan dia akhirnya bersetuju.

 “Kami seperti satu keluarga dan sepakat mahu melupakan perkara lama untuk sama-sama mengangkat semula nama Kangen Band,” ujar Tama.

Andika mula bergerak solo selepas mendakwa dirinya ditipu pihak pengurusan berhubung bayaran royalti sehingga dia mengalami kerugian besar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI