fbpx

KPB sediakan 700 tan metrik beras putih tempatan buat penduduk Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STOK bekalan beras putih tempatan

KANGAR – Pejabat Kawalselia Padi dan Beras (KPB) mengambil langkah intervensi dengan menyediakan 700 tan metrik beras putih tempatan untuk pasaran negeri ini bagi memastikan bekalan tidak terputus.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Razali Saad berkata, bekalan tersebut akan diagihkan secara berperingkat yang mana jumlah itu mampu menampung permintaan seluruh rakyat negeri ini dalam tempoh sebulan.

“Pihak KPB telah mengedarkan 50 tan metrik beras ke beberapa zon ditetapkan bermula semalam. Bekalan beras diperoleh terus daripada beberapa pengilang dan diedarkan kepada peruncit di kawasan atau zon ditetapkan di negeri,” katanya ketika ditemui di Pejabat FAMA, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri juga akan mengedarkan sebanyak 10 tan metrik beras putih tempatan buat permulaan.

Katanya, bekalan beras putih tempatan melalui FAMA itu akan diedarkan kepada outlet-outlet seliaan agensi itu di seluruh negeri ini.

“FAMA juga akan membuat jualan terus beras putih tempatan tersebut kepada orang ramai menerusi program Agro Madani bagi memudahkan rakyat mendapat bekalan tersebut,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI