fbpx

Sukan Asia: Rexy harap gelanggang selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain negara memulakan sesi latihan pusat sebelum berlepas ke Hangzhou untuk menyertai temasya Sukan Asia nanti.

PENGARAH Kejulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berharap permukaan gelanggang di Gimnasium Binjiang pada Sukan Asia Hangzhou 2022 nanti selamat untuk digunakan.

Rexy menyatakan harapan tersebut kerana tidak mahu kejadian sama berulang selepas pemain beregu wanita, Pearly Tan mengalami kecederaan pada final Terbuka Hong Kong Ahad lalu akibat tergelincir.

Bagaimanapun, Pearly dapat menarik nafas lega memandangkan kecederaan yang dihadapi tidak serius dan dijangka pulih sepenuhnya bagi menggalas cabaran negara pada temasya sukan empat tahun sekali itu.

Lebih melegakan Rexy, Pearly memiliki masa lebih panjang untuk berehat dan melakukan persediaan memandangkan Malaysia tidak menyertai acara berpasukan wanita kecuali acara individu yang bermula 2 Oktober depan.

“Saya harap di Sukan Asia nanti tidak ada masalah sebegini. Saya rasa perkara seperti ini perlu diambil maklum oleh BWF (Persekutuan Badminton Dunia) kerana ia sudah pun berlaku.

“Janganlah biarkan sahaja perkara seperti ini kerana ia boleh menjadi masalah dalam mana-mana kejohanan. Sudah tentu kita harap BWF memandang serius mengenai perkara ini,” katanya ketika ditemui di ABM, Bukit Kiara semalam.

Terdahulu, beberapa pemain seperti perseorangan lelaki No.1 dunia dari Denmark, Viktor Axelsen serta bintang badminton Sepanyol, Carolina Marin turut menyuarakan kerisauan mengenai permukaan gelanggang yang agak licin pada Terbuka Hong Kong lalu.

Sementara itu, Rexy juga sudah memberikan ruang kepada Pearly untuk berehat bagi mengembalikan tahap kecergasan selain menjelaskan, pemain berusia 23 tahun itu hanya mengalami masalah otot.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI