fbpx

KPDN akui gangguan bekalan beras semakin serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan pada sidang akhbar sesi pemantauan harga barangan asas di Pasar Raya NSK Selayang, hari ini.

GOMBAK – Pemeriksaan Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN) ke atas 6,141 pembekal dan peruncit seluruh negara mendapati ganguan bekalan beras putih tempatan semakin serius mulai September.

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 6,080 peruncit diperiksa termasuk 59 pemborong dan dua pengilang.

Menurutnya, gangguan bekalan itu dikenal pasti susulan aduan pemilik pasar raya dan peruncit sejak Ogos lalu.

“Saya akui, pemantauan di dua pasar raya hari ini, pemiliknya memaklumkan berlaku gangguan bekalan beras tempatan.

“Bekalan masih ada tetapi jumlah yang diterima adalah jauh berkurang dan ini bukan bermula setelah diumumkan kenaikan harga, tetapi sejak bulan lalu lagi.

“Namun, kini lebih serius adalah pada September,” katanya pada sidang akhbar selepas sesi pemantauan harga barangan keperluan asas di Pasar Raya Sri Ternak dan Pasar Raya NSK, Selayang di sini hari ini.

Justeru, Armizan berkata, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi menjalankan penguatkuasaan yang menyeluruh.

Sementara itu, mengulas mengenai telur ayam, Armizan berkata, gangguan bekalan hanya berlaku bagi gred A namun secara keseluruhan, bekalan barangan asas tersebut masih stabil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI