fbpx

UCL: Tugas berat Ten Hag rencana formula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED perlu segera melupakan kekalahan kepada Brighton sebelum ini dan memberikan fokus aksi bertemu Bayern awal pagi esok. - FB MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag menggalas misi cukup penting menjelang aksi pembukaan Kumpulan A Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich di Allianz Arena awal pagi esok.

Skuad The Red Devils mengharungi minggu cukup mengecewakan selepas tumbang 1-3 kepada Brighton di laman sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu lalu sehingga menyebabkan Ten Hag dicemuh.

Bagaimanapun, pengendali dari Belanda itu seolah-olah melancarkan perang psikologi terhadap Bayern apabila menganggap juara Bundesliga berkenaan sebagai salah satu pasukan pilihan musim ini.

“Bagi saya, aksi menentang Bayern bukan sesuatu yang mudah memandangkan mereka adalah antara pasukan pilihan untuk menjadi juara. Oleh itu, kami perlu berada pada prestasi terbaik jika mahu tewaskan mereka.

“Saya sudah beritahu banyak kali sebelum ini bahawa kami perlukan aspek-aspek seperti karakter, kepercayaan, ketahanan serta kegigihan sekiranya mahu bangkit daripada
kekecewaan terdahulu,” katanya.

Dalam pada itu, United juga mungkin tidak dapat menggunakan khidmat beberapa pemain utama yang masih dibelenggu kecederaan seperti Raphael Varane, Luke Shaw, Mason Mount dan Sofyan Amrabat.

“Mungkin seorang pemain (semakin pulih), tetapi tidak sempat untuk pertemuan dengan Bayern. Bagaimanapun, saya percaya pemain-pemain itu akan kembali ke dalam skuad ketika berdepan Burnley,” ujar Ten Hag. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI