fbpx

Pemuda ditahan cuba pecah tabung kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV cubaan suspek mengumpil sebuah tabung di Masjid Nurul Hidayah di Kampung Berapit, Tikam Batu, dekat Sungai Petani malam kelmarin.

SUNGAI PETANI – Cubaan seorang pemuda untuk memecah tabung masjid buat kali kedua gagal apabila dicekup sekumpulan penduduk berdekatan
Masjid Nurul Hidayah di Kampung Berapit, Tikam Batu, dekat sini kelmarin.

Perbuatan suspek berusia 24 tahun dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu disedari salah seorang jemaah masjid tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, suspek disyaki masuk ke ruang solat masjid selepas semua jemaah selesai menunaikan solat isyak.

“Dia cuba mengumpil sebuah tabung terletak di ruang solat, namun perbuatannya itu disedari seorang jemaah yang kemudian bertindak memaklumkannya kepada penduduk.

“Suspek seterusnya berjaya ditahan penduduk berhampiran masjid sebelum dia diserahkan kepada pihak polis,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, semakan televisyen litar tertutup (CCTV) masjid mendapati lelaki sama dirakam memecah tabung masjid tersebut dalam kejadian selepas solat subuh hari sama dan berjaya melarikan sejumlah wang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI