fbpx

Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Hulu Langat mengaku rockers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sany

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd. Sany Hamzan memaklumkan Dewan Rakyat hari ini beliau merupakan seorang rockers.

Menurutnya, beliau bersuara dengan kuat dan lantang ketika bercakap dalam Dewan Rakyat adalah kerana beliau seorang rockers.

“Lagu ni ada rock, ada dangdut, ada asli. Kalau (Ahli Parlimen) Hulu Selangor lagu asli. Saya rock, saya rock,” katanya.

Beliau membalas teguran beberapa Ahli Parlimen Pembangkang supaya tidak menjerit ketika bercakap kerana terlalu bising.

“Bising kuat sangat. Tidak perlu menjerit. Cakap elok-elok dengan kasih sayang,” kata Mohd Hasnizan Harun.

Terdahulu, Mohd. Sany dalam nada lantang meminta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menjawab fitnah yang dilemparkan.

“Saya tengok sekarang ada pihak dakwa tak sokong parti ini masuk neraka, undi orang ini haram. Dia keluarkan fatwa.

“Yang terbaru kata Perdana Menteri dah meninggal dunia. Bila ada tohmahan tak betul ini, KKD tolong jawab.

“Masuk dalam TV1, TV2, TV3, TV4, TV5, TV6, TV7, TV8 beri penjelasan. Contoh ada sebut orang ini akan halalkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Itu tidak berlaku. Gunakan KKD untuk jawab balik tohmahan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Menteri KKD, Fahmi Fadzil yang kelihatan tertawa dengan gelagat Mohd. Sany berkata, beliau menerima pandangan teersebut.

“Saya terima pandangan Hulu Langat. Memang kita kesal sebaran fitnah yang berlaku terlalu pantas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI