fbpx

Zakat fitrah Terengganu mungkin naik tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) tidak menolak kemungkinan kadar zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini akan meningkat pada tahun depan.

Yang diPertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, kenaikan itu didorong oleh kenaikan harga beras di pasaran tempatan sejak akhir-akhir ini.

Beliau berkata, kebiasaannya kadar zakat fitrah biasanya bergantung kepada tinjauan harga beras di pasaran dalam tempoh antara dua hingga tiga bulan sebelum tibanya bulan Ramadan.

“Kita akan melihat harga beras yang sering dimakan oleh rakyat untuk dibawa ke dalam mesyuarat penetapan kadar zakat fitrah yang sesuai.

“Seterusnya, ia akan dipersembahkan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum diisytiharkan selepas mendapat perkenan baginda,” katanya di Taman Tamadun Islam di sini hari ini.

Terdahulu beliau melancarkan potongan zakat berjadual dan sesi libat urus pemerkasaan pengoperasian Maidam.

Pada Ramadan lalu, zakat fitrah bagi Terengganu ditetapkan pada kadar RM8, RM10 dan RM24 seorang mengikut jenis beras yang dimakan setiap hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI