fbpx

Ketua pembantu tadbir sekolah direman SPRM, kemuka tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG ketua pembantu tadbir sebuah sekolah dibawa pegawai SPRM ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini. -Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

SEREMBAN – Seorang ketua pembantu tadbir sebuah sekolah direman selama enam hari bermula hari ini selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pembekalan barang keperluan pejabat berjumlah kira-kira RM22,000.

Perintah reman sehingga 24 September depan terhadap lelaki berusia 40-an itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Majistret Seremban, Syed Farid Syed Ali selepas permohonan dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan pagi ini.

Menurut sumber, suspek telah ditahan kira-kira pukul 4 petang semalam di pejabat SPRM Negeri Sembilan di sini.

“Suspek dipercayai menjadi perancang utama melakukan perbuatan tersebut bersama isterinya dan seorang pemilik syarikat pada Disember 2022 serta Januari 2023 yang mana kedua-dua pembekalan tidak dilaksanakan sedangkan bayaran penuh sudah dibuat.

“Suspek ditahan kira-kira pukul 4 petang, semalam di pejabat SPRM Negeri Sembilan manakala isteri suspek yang juga seorang pembantu tadbir di sebuah sekolah lain dan pemilik syarikat tidak ditahan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI