fbpx

P. Pinang wujudkan kategori baharu rumah mampu milik RMM B2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sundarajoo ketika sidang akhbar di Komtar berkaitan isu-isu perumahan di Pulau Pinang, hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mewujudkan satu kategori baharu di bawah Rumah Mampu Milik Jenis B (RMM B2) bagi memastikan lebih ramai rakyat negeri itu mampu memiliki rumah sendiri.

Pengerusi Perumahan dan Alam Sekitar, Datuk Seri S. Sundarajoo berkata, RMM B2 itu akan ditawarkan dengan harga maksima RM100,000 untuk rumah berkeluasan 750 kaki persegi dengan had pendapatan isi rumah bulanan pada kadar RM5,000.

Menurutnya, perkara itu masih dalam perancangan dan akan dibentang di peringkat Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) sebelum skim itu sedia untuk diperkenalkan kepada rakyat Pulau Pinang.

“Sebelum ini kerajaan negeri mempunyai skim RMM B1 di mana harga maksima yang ditawarkan untuk satu unit rumah berkeluasan 700 kaki persegi adalah RM72,500 dengan had pendapatan isi rumah bulanan ialah RM3,500.

“Namun, kita dapati ada golongan muda yang baharu tamat pengajian dan mempunyai pendapatan bulanan sekitar RM5,000 jadi mereka ini tidak dapat peluang membeli rumah di bawah skim RMM B1 kerana pendapatan mereka lebih daripada RM3,500,” katanya dalam sidang akhbar di Komtar di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, skim baharu RMM B2 itu dapat mengisi keperluan golongan yang berpendapatan RM5,000 untuk memiliki rumah mampu milik di negeri ini.

“Kita jangka sekitar November tahun ini, skim RMM B2 boleh diperkenalkan kepada golongan yang mempunyai pendapatan bulatan RM5,000,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat bekerjasama untuk membangunkan skim perumahan bagi golongan belia bekeluarga dan bujang melalui pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Giam di Jelutong.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI