fbpx

Pakai sut Superman setiap kali berjoging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wood mendapat perhatian netizen apabila dia berjoging sambil memakai kostum Superman di sekitar Bukit Batok, Singapura. - MSNews

SINGAPURA  – Seorang lelaki warga asing mencuri perhatian di media sosial kerana memakai kostum adiwira, Superman setiap kali dia keluar berjoging di sekitar Bukit Batok, Singapura, lapor portal berita MSNews semalam.

Ekspatriat kelahiran New Zealand dikenali sebagai Simod Wood itu merupakan seorang ahli perniagaan dan pernah berkunjung ke sejumlah negara di Eropah, Amerika, Asia dan Asia Barat. 

Wood turut memakai sut Superman ketika wartawan MSNews menemu bualnya di sebuah kedai di Jurong Lake Gardens.

Katanya, sut Superman itu membantu pemikirannya semasa dia melakukan larian jarak  jauh, yang  kerap kali  melebihi 10 kilometer.

Wood mula memakai sut itu kira-kira setahun yang lalu.

“Semua orang mengenali Superman. (Saya memilih) ikon tersebut yang diketahui dan dikenali ramai orang,” – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI