fbpx

Harimau kumbang ke-10 masuk perangkap Perhilitan di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor harimau kumbang berjaya masuk ke dalam perangkap yang dipasang oleh Perhilitan Negeri Sembilan di Kampung Beting Ulu, di sini, pagi tadi. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

KUALA PILAH – Seekor harimau kumbang betina dewasa berjaya ditangkap selepas masuk ke dalam perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan di Kampung Beting Ulu, di sini, pagi tadi.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Nurul Ermi Ramli berkata, harimau kumbang berkenaan merupakan harimau kumbang ke-10 yang berjaya ditangkap di sekitar negeri ini sejak awal tahun ini.

“Dianggarkan berat harimau kumbang betina dewasa ini 40 kilogram. Kita menerima aduan ini pada 4 September lalu dan memasang perangkap keesokkan harinya. Harimau kumbang dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) untuk rawatan dan pemeriksaan.

“Sekiranya sihat, harimau ini akan dilepaskan semula ke habitat asal yang jauh dari penempatan orang ramai,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Jelas Nurul Ermi, harimau kumbang berkenaan dipercayai datang dari Hutan Simpan Kekal (HSK) yang berdekatan lokasi penempatan tersebut.

Terdahulu, media melaporkan sebuah keluarga di Kampung Beting Ulu, di sini, berasa lega apabila seekor harimau kumbang yang membaham anjing mereka awal bulan ini berjaya masuk ke dalam perangkap yang disediakan Perhilitan Negeri Sembilan.

Rusmazaiti Kamarulzaman, 31, berkata, dia dan suaminya, Abdul Mizan Mohd Haris, 42, terdengar bunyi pelik dari luar rumah kira-kira pukul 3 pagi dan terus melihat ke arah luar rumah.

Menurutnya, sebaik diperhatikan, rupa-rupanya harimau kumbang telah masuk ke dalam perangkap yang dipasang dan umpan tiga ekor anak anjing selama hampir seminggu membuahkan hasil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI