fbpx

Ekspresi hebat jaket kulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jaket kulit turut mempunyai impak memikat.

Selebriti seperti Kate Moss, Rihanna dan Beyonce mungkin mempunyai cita rasa gaya yang berbeza, tetapi yang pasti mereka semua mempunyai persamaan dalam memahami kehebatan atau kuasa gaya jaket kulit klasik.

Selebriti-selebriti ini sering dilihat menggayakan jaket kulit dalam penampilan gaya jalanan mereka.

Jaket kulit cukup istimewa kerana ia boleh memberi transformasi mudah gaya anda pada pelbagai waktu dan acara. Ia menyuntik elemen segar, berani dan urban pada gaya sederhana. Jaket kulit cukup versatil serta hebat digayakan untuk hari bekerja dan hujung minggu.

Ia juga hebat untuk gaya kasual, kemas, profesional dan canggih. Segalanya bergantung pada inspirasi, imaginasi serta eksperimentasi bagi mendapatkan gaya paling sesuai dengan cita rasa individualiti anda.

Jaket kulit adalah keperluan penting bagi menyuntik gaya urban pada penampilan yang biasa.

Seharusnya peminat fesyen memiliki paling kurang sehelai jaket kulit dalam almari mereka. Pada musim ini terdapat pelbagai variasi jaket kulit di pasaran termasuk gaya saiz besar, bercetak atau bersulam serta perincian lain yang lebih unik serta kontemporari.

 

Santai atau hujung minggu
Dapatkan jaket kulit yang mempunyai kelainan dari segi rona, reka corak atau gayakan jaket kulit klasik dengan cara lebih ceria dan lain daripada kebiasaan.

Ini juga waktu yang paling sesuai untuk memakai padanan jaket kulit dan gaun/ blaus/ top atau skirt dalam reka corak flora rona terang atau fabrik renda.

Gayakan jaket kulit dengan menggantung ia hanya di bahu serta dipadankan dengan gaun pendek dan kasut tumit tinggi. Jika anda memakai gaun atau skirt yang mengikut bentuk badan, pilihlah jaket kulit yang bersaiz besar untuk elemen kontras yang cukup menarik dan cool.

Gayakan jaket kulit hitam bersaiz besar dan jean anda untuk gaya santai, edgy serta selesa dipakai dari pagi hingga ke malam.

Temu janji dengan teman istimewa
Jaket kulit boleh memberi mesej bahawa anda adalah seorang yang cukup yakin dengan penampilan sendiri.

Dari segi padanan, pilih gaya yang paling anda selesa dan reka bentuk pakaian yang dapat menyerlahkan personaliti serta memberi impak memikat serta positif.

Jaket kulit juga sesuai digayakan dengan gaun.

Acara formal

Gabungan pakaian formal dan jaket kulit sememangnya bawa kelainan yang tidak dijangkakan. Dapatkan jaket kulit potongan cropped yang dipadankan dengan gaun.

Lebih hebat jika anda gayakan jaket kulit dan gaun dalam rona senada.

Kontras dalam bentuk dan tekstur pada penampilan pakaian pasti menjadikan anda tumpuan pada majlis/ acara tersebut.

Pejabat
Bergantung kepada tempat anda bekerja, mungkin ada yang beranggapan jaket kulit agak sedikit kasual dan tidak sesuai untuk pejabat.

Namun, bagi anda yang masih mahu mencuba, dicadangkan untuk memilih jaket kulit yang sedikit mengikut bentuk badan (slim cut), dan fabrik kulit yang ringan.

Padanan jaket kulit dengan kemeja putih dan seluar atau skirt potongam pensel pasti memberi penampilan keseluruhan yang cukup bergaya.

Apa yang pasti, jaket kulit adalah alternatif menarik bagi blazer yang selalu anda gayakan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI