fbpx

Shah Rukh Khan rawat leher, cucuk alat sulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH RUKH KHAN kini sedang hangat diperkatakan menerusi filem Jawan.

BINTANG Bollywood Shah Rukh Khan (SRK) mendedahkan pernah mengikuti rawatan alternatif bagi meredakan masalah sakit belakang kronik suatu ketika dahulu.

Katanya, antara pengalaman tidak dapat dilupakan adalah menjalani akupuntur yang dilakukan pada bahagian alat sulit atau zakarnya.

Menurut bintang filem Jawan itu, sepatutnya dia perlu menjalani pembedahan pada bahagian leher, tetapi pada saat akhir memilih kaedah alternatif.

Ketika itu, doktor memaklumkan dia berisiko mengalami lumpuh jika tidak melakukan pembedahan dengan segera.

Bimbang prosedur merisikokan kegagalan, SRK terus bertemu pakar rawatan alternatif yang memberi kesan positif selepas menjalani rawatan selama setahun.

Tambah pelakon berusia 57 tahun itu lagi, biarpun kawasan yang dicucuk jarum halus tersebut bukan pada bahagian leher, hakikatnya kesakitan dialami kini sudah reda.

Dalam satu wawancara lain, dia mengakui rawatan berkenaan antara momen memalukan yang pernah dilalui sepanjang hidupnya.

“Saya sangka puluhan jarum halus dicucukkan ke leher sudah cukup menakutkan, rupa-rupanya ada situasi lebih teruk daripada itu,” selorohnya sambil tertawa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI