fbpx

EPL: Arsenal hapus badi enam tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TROSSARD meledak gol tunggal perlawanan ketika Arsenal berjaya menewaskan Everton pada aksi Goodison Park awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Pengendali Arsenal, Mikel Arteta menarik nafas lega selepas berjaya membantu pasukan menamatkan badi enam tahun selepas menewaskan Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Goodison Park awal pagi semalam.

Sebagai rekod, The Gunners yang kali terakhir menang di venue keramat Everton pada musim 2017 tidak mempunyai masalah meriah tiga mata berharga hasil ledakan Leandro Trossard pada babak kedua.

Kata Arteta, apa yang dipamerkan oleh pasukan cukup luar biasa kerana bukan mudah untuk menewaskan pasukan yang mengutamakan aspek bertahan seperti The Toffees yang dibimbing oleh pengendali berpengalaman, Sean Dyche.

“Enam tahun tidak menang di sini adalah tempoh yang lama. Gelanggang ini sering menjadi badi pasukan tetapi pemain telah buktikan bahawa kerja keras boleh membuahkan hasil meskipun hanya meraih keputusan 1-0.

“Mereka bertahan sepanjang perlawanan tetapi pemain saya telah memastikan bahawa mereka layak untuk melakar kemenangan. Ini adalah hadiah buat penyokong kami dan harap momentum sama dapat diteruskan pada aksi Liga Juara-Juara Eropah nanti,” katanya.

Sementara itu, Trossard mengakui sangat gembira untuk muncul wira pasukan terutama selepas dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua.

“Saya sentiasa siapkan mentaliti agar bersedia tidak kira bermain dalam kesebelasan utama atau pemain gantian. Jurulatih mahu saya berikan impak pada aksi kali ini dan gembira dapat membalas kepercayaan mereka,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI