fbpx

Dewan Rakyat: Bertindih fungsi, Penubuhan Ombudsman Malaysia diteliti semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina.

KUALA LUMPUR – Penubuhan Ombudsman Malaysia akan diteliti semula berikutan terdapat sedikit pertindihan berkaitan fungsi dan peranan dengan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perkara itu diputuskan selepas sesi libat urus bersama agensi perkhidmatan awam Persekutuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Ahli Parlimen.

“Hasil sesi libat urus yang dilaksanakan, sebahagian besar pihak yang terbabit tidak mempunyai halangan berhubung penubuhan Ombudsman Malaysia.

“Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara perlu diteliti semula, khususnya, berkaitan skop fungsi dan peranan Ombusdman Malaysia yang mempunyai sedikit persamaan dan pertindihan dengan agensi lain,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Parlimen, di sini hari ini.

Tambah Azalina, inisiatif penubuhan Ombudsman Malaysia sebagai satu badan bebas bertujuan menerima dan menguruskan aduan berkaitan sistem penyampaian perkhidmatan awam Persekutuan berdasarkan Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI