fbpx

Virus Chapare berisiko cetus wabak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMEJ dirakam miskroskop elektron menunjukkan kuman daripada keluarga arenavirus. Virus Chapare seperti virus Lassa dan virus Machupo tergolong dalam arenavirus. – CDC

WASHINGTON – Sejenis virus maut yang menyebabkan demam, sakit perut, muntah, gusi berdarah, ruam kulit dan sakit di belakang mata kini boleh me­rebak antara manusia, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) kelmarin.

Sehingga kini, virus Chapare mencetuskan beberapa jangkitan. Ia menyebabkan penyakit menyerupai demam berdarah Ebola dan kali pertama muncul di wilayah Chapare, pedalaman Bolivia pada 2004 sebelum hilang kemudian.

Bagaimanapun, pada 2019, sekurang-kurangnya lima orang lagi dijangkiti kuman itu, demikian menurut penyelidikan yang kini disiarkan kepada umum. Virus Chapare itu dikesan merebak antara manusia melalui cairan tubuh di sebuah rantau berhampiran ibu kota Bolivia, La Paz yang mengorbankan tiga orang.

Pakar-pakar virus berkata, tiada wabak aktif Chapare pada tahun 2020, malah jika berlaku wabak seterusnya, risiko virus itu mencetuskan pandemik adalah rendah.

Bagaimanapun, ada alasan untuk bimbang dengan berita tersebut. Tiga daripada lima pesakit yang disahkan semasa wabak 2019 adalah pekerja penjagaan kesihatan terdiri daripada petugas ambulans, doktor muda dan pakar gastroenterologi. Mereka mendapat virus Chapare selepas menyentuh cecair badan pesakit yang dijangkiti. Dua petugas kesihatan itu meninggal dunia.

“Demam berdarah seperti Ebola jarang merebak dengan meluas seperti penyakit pernafasan termasuk selesema atau Covid-19.

“Ini kerana gejala demam berdarah biasanya muncul sejurus selepas jangkitan, berban­ding masa inkubasi penyakit pernafasan yang panjang, manakala sentuhan dengan cairan tubuh diperlukan untuk seseorang dijangkiti penyakit itu,” kata penyelidik Universiti Georgetown yang mengkaji penyakit zoonotik, Colin Carlson kepada laman web Live Science.

Bagaimanapun, wabak pe­nyakit demam berdarah terma­suk yang disebabkan oleh virus Chapare itu boleh menjejaskan sistem penjagaan kesihatan.

Ini berikutan sebilangan besar pekerja kesihatan berisiko jatuh sakit selepas merawat pesakit yang dijangkiti.

Kajian tentang wabak baharu itu menunjukkan virus Chapare kini merebak daripada individu kepada individu lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI