fbpx

Caprice minta Ebit Lew hantar saman segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Caprice (kiri) dan Ebit Lew.

PETALING JAYA – Penyanyi rap, Caprice meminta pendakwah bebas, Ebit Lew supaya segera menghantar surat saman kepadanya susulan pendedahan yang dibuat menerusi podcast bersama Mondy Tatto baru-baru ini.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 33, berkata, permintaan itu bagi membolehkan pihak Mondy menghantar semula saman kepada pendakwah itu beserta bukti.

“Salam Ebit Lew, kalau boleh cepat sikit hantar saman tu.

“Supaya pihak Mondy boleh saman balik sekali dengan bukti,” katanya dalam satu hantaran di Instagramnya tadi.

Selain itu, dalam hantaran sama Caprice juga memaklumkan pihaknya akan memuat naik lagi pendedahan dibuat Mondy pada Jumaat ini.

Di dalam video yang dimuat naik di Instagram Caprice itu, Mondy mendakwa dia tidak pernah belajar mengaji serta solat seperti yang dikatakan oleh Ebit sebelum ini.

Malah menurut Mondy, dia juga tidak pernah bertemu dengan isteri pendakwah terbabit.

“Aku belum pernah bertemu dengan isterinya.

“Ini bukan fitnah, ini bukan cakap kosong. Satu masa nanti akan terbukti kebenarannya,” katanya.

Terdahulu, Ebit tampil membuat laporan polis berhubung pendedahan terbabit yang disifatkan sebagai fitnah terhadap dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Selangor pagi tadi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI