fbpx

KPDN siasat premis jual minyak masak peket kepada warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video tular menunjukkan minyak masak peket satu kilogram dijual warganegara asing di sebuah premis di Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Premis yang dipercayai terlibat menjual minyak masak peket bersubsidi satu kilogram telah dikenalpasti dan tindakan akan dikenakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri (KPDN) Johor.

Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung perkara tersebut dan siasatan lanjut akan dijalankan.

Menurut beliau, KPDN Johor mengambil langkah proaktif dengan membuat pemantauan berterusan terhadap bekalan keperluan asas di seluruh negeri ini.

“KPDN Johor maklum berhubung rakaman video tular yang dilaporkan berlaku di sekitar Pasar Borong Pandan, di sini. Semalam, penguatkuasa telah menjalankan pemeriksaan serta dan mendapat premis tersebut gagal mematuhi Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974.

“Sehubungan itu, siasatan lanjut dijalankan bagi memastikan tiada ketirisan mahupun penyelewengan terutamanya melibatkan bekalan minyak masak peket satu kilogram,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Tambah Lilis Saslinda, sekiranya didapati bersalah, pihak terlibat boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara selama 3 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, manakala denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua.

“Sebaliknya bagi pertubuhan atau perbadanan, denda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan RM5 juta bagi kesalahan kedua dan seterusnya,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, hasil pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan mendapati, bekalan barangan keperluan adalah mencukupi dan mudah diperolehi secara keseluruhannya.

“Pemeriksaan terhadap semua peringkat rantaian pengedaran melibatkan pengilang, pemborong serta peruncit dibuat bagi menjamin tiada berlaku ketirisan mahupun penyelewengan bekalan yang boleh menjejaskan bekalan di pasaran terutamanya di Johor.

“KPDN Johor akan bertindak dengan cekap dan pantas serta tidak berkompromi dalam menguatkuasa undang-undang untuk membanteras sindiket penyelewengan subsidi barang kawalan demi kepentingan rakyat,” tambahnya.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi lebih 3 minit memaparkan beberapa kotak dipercayai mengandung minyak masak peket satu kilogram dijual warganegara asing di sebuah premis di bandar raya ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI