fbpx

Mayat ketiga mangsa kebakaran deretan kedai ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa ketiga akibat kebakaran rumah kedai di Pekan Kota Kuala Muda, dekat Sungai Petani ditemui pagi ini.

SUNGAI PETANI – Mayat ketiga mangsa kebakaran rumah kedai dua tingkat di Pekan Kota Kuala Muda, dekat sini ditemui pada pukul 10.15 pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, tiga sekeluarga yang maut ialah Yong Swee Lan, 92, anak perempuannya, Lee Chew Fong, 61, dan menantunya Lim Yang Kooi, 66.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel Awang Bujang berkata, mayat ketiga ditemui di bawah ruangan tangga iaitu kira-kira enam meter dari jarak mayat mangsa kedua.

Katanya, mangsa ketiga yang ditemui itu tidak rentung sepenuhnya berbanding mangsa pertama dan kedua kerana badannya tertimbus dengan sisa runtuhan bangunan.

“Mayat mangsa pertama ditemui di ruang tamu manakala mayat mangsa kedua ditemui kira-kira dua meter dari situ dan ditimpa runtuhan pintu. Kesemua mangsa ditemui berhampiran pintu keluar,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Kata beliau, berdasarkan pemerhatian awal, kebakaran dipercayai bermula dari sebuah premis menjual pakaian sekolah sebelum merebak ke premis-premis lain

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan dua mangsa ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan lapan unit rumah kedai di Jalan Sungai Emas Kota Kuala Muda dekat sini, awal pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI