fbpx

Promosi Tahun Melawat Melaka di Brunei, Indonesia, Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ab. Rauf mencuba permainan layang-layang di Festival Layang-Layang Gergasi Melaka 2023 di Limbongan, Melaka. Foto oleh AMRAN MULUP/KOSMO!

MELAKA – Kerajaan negeri memperhebatkan promosi Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024 ke peringkat antarabangsa melibatkan tiga buah negara iaitu Brunei, Kemboja dan Indonesia.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, sebanyak tiga pasukan dihantar mempromosikan TMM 2024 bermula minggu depan.

Menurutnya, segala persiapan telah diatur termasuk pelbagai aktiviti dan pakej pelancongan ditawarkan sewaktu promosi menjelajah tiga negara jiran berkenaan.

“Minggu depan ada tiga pasukan promosi akan ke Brunei, Indonesia dan Kemboja bagi tujuan promosi besar-besaran.

“Kita akan buka gerai pameran seperti lazimnya promosi yang dilakukan dan kita bawa juga pakej-pakej pelancongan yang telah dirancang sempena TMM 2024 nanti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Festival Layang-layang Gergasi Melaka 2023 di Limbongan di sini, semalam.

Tambah Abdul Razak, bagi promosi dalam negara ia berterusan sehingga hujung tahun ini dengan sasaran kemasukan pelancong antara 15 hingga 18.7 juta orang.

Sementara itu, ujarnya, Festival Layang-layang Gergasi Melaka 2024 sempena TMM 2024 bakal ditambah baik bagi menarik lebih ramai pengunjung.

“Festival tahun depan dijangka lebih meriah dengan penyertaan dijangka lebih daripada 100 penyertaan berbanding 50 pada festival selama dua hari berakhir hari ini (semalam).

“Jika tahun ini hanya empat buah negara mengambil bahagian iaitu Indonesia, China, Macau dan Singapura tetapi untuk tahun depan lebih banyak negara luar akan dijemput memeriahkan festival ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI