fbpx

Suspek rempuh anggota JPJ direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunggang motosikal yang dipercayai merempuh anggota penguat kuasa JPJ ketika menjalankan tugas Sekatan Jalan Raya (SJR), direman selama empat hari bermula hari ini. Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

PORT DICKSON – Penunggang motosikal yang dipercayai merempuh anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika menjalankan tugas Sekatan Jalan Raya (SJR), direman selama empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, perintah reman susulan kejadian kira-kira pukul 11 pagi semalam di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban-Port Dickson itu adalah sehingga 21 September ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Majistret Port Dickson, Uthman Abd Ghani.

Dalam kejadian berkenaan, suspek yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Y125ZR dikatakan cuba melanggar sekatan jalan raya sebelum merempuh anggota JPJ, Muhammad Nur Hakim Mohd Razip hingga menyebabkannya cedera.

Anggota berkenaan dihantar ke Hospital Port Dickson untuk mendapat rawatan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Semalam, Aidi Sham berkata, suspek berusia 25 tahun mempunyai lapan rekod membabitkan dadah dan jenayah, selain tidak mempunyai lesen memandu manakala cukai jalan tamat tempoh sejak 2012.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan penjawat awam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI