fbpx

Ebit Lew buat laporan polis, dakwa difitnah melampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran dimuat naik Ebit Lew selepas mendakwa dirinya difitnah melampau oleh sesetengah individu, baru-baru ini.

SUBANG JAYA – Setelah beberapa bulan menyepi, pendakwah bebas, Ebit Lew, tampil membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya difitnah secara melampau, baru-baru ini.

Ebit Lew menerusi hantaran di Instagramnya memaklumkan, laporan tersebut baru sahaja dibuat setelah tiba dari Jeddah, Arab Saudi sekitar pada pukul 12 tengah malam tadi.

“Bismillah. Baru sampai dari Jeddah (pukul) 12 malam tadi terus ke balai polis buat laporan mengenai fitnah-fitnah melampau yang langsung tidak berasas ke atas saya.

“Saya serahkan pihak polis untuk mengambil tindakan. Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam hantaran itu.

Difahamkan, laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya dan Kosmo! masih menunggu pengesahan daripada pihak polis berhubung laporan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI