PETALING JAYA – Pembangunan melalui Inisiatif Jalur Sutra Baru (BRI) oleh China penting dalam mengukuhkan hubungan antara rantau ASEAN dengan negara itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia juga peluang pertumbuhan baharu merentasi rantau ASEAN.
“Selain kesemua negara lain yang terlibat dalam BRI, sementelahan meluluk kesalinghubungan dan peluang pertumbuhan baharu merentasi rantau ASEAN, Asia Pasifik, Afrika, serta Eropah Timur dan Eropah Tengah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.
Dalam pada itu, Anwar memaklumkan, beliau hari ini merasmikan Pavillion Malaysia di Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2023 yang diadakan di Nanning, China.
Menurut beliau, sebanyak 107 syarikat Malaysia membuka gerai pada ekspo tersebut untuk mempamerkan produk terbaik masing-masing.
“Moga ekspo ini membawa pulang dan mampu melonjak lebih banyak pelaburan serta perdagangan untuk dimanfaatkan ekonomi negara pada masa hadapan, insya-Allah,” katanya. – KOSMO! ONLINE