fbpx

Helang Merah impi langkah kanan pada aksi sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIDIL mahu barisan pemain mengambil peluang merehatkan fizikal dan minda sebelum dijadualkan menentang JDT dalam aksi Piala Sumbangsih pada 26 Februari tahun depan.

KETUA jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak berharap dapat memulakan saingan Liga Malaysia (Liga M) 2021 dengan langkah kanan selepas dijadualkan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada 26 Februari tahun depan.

Meskipun masih terlalu awal meletakkan harapan tinggi kepada aksi itu nanti, namun beliau tidak menafikan sudah menjadi impian setiap pasukan untuk cuba menewaskan pasukan hebat seperti JDT.

“Melihat kepada kalendar yang dikeluarkan oleh MFL, saya te­ngok kita ada banyak masa untuk mempersiapkan pasukan dengan lebih baik dan tempoh masa lebih dua bulan ini cukup untuk kita buat persiapan pramusim.

“Macam kita tahu, musim ini memang agak lewat sedikit untuk kita habiskan Liga M, tetapi de­ngan kalendar yang sudah keluar awal, kita sudah boleh memba­yangkan sasaran awal khususnya dalam Piala Sultan Haji Ahmad Shah.

“Saya rasa memang impian semua pasukan untuk tewaskan JDT, mereka pun sudah tiga kali memenangi trofi Piala Sultan Haji Ahmad Shah dan apabila sekali lagi Kedah akan menentang mereka,­ saya rasa sudah tiba masa untuk kita cuba menyaingi JDT.

“Tetapi macam mana pun, bukan kita hanya ingin fokus satu perlawanan itu sahaja, kerana apa yang penting adalah konsis­tensi selepas perlawanan tersebut untuk Kedah cuba bertahan di kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketika ini, Aidil mahu barisan pemain mengambil peluang merehatkan fizikal dan minda secukupnya sebelum diberikan tugas untuk mempersiapkan diri daripada aspek kecergasan terlebih dahulu.

“Liga M musim ini sudah habis, jadi saya mahu pemain-pemain yang ada untuk meneruskan musim 2021 berehatlah sepuas-puasnya dahulu sebelum kita bagi program untuk latihan kecergasan pula.

“Bagusnya kita sudah tahu lebih awal kalendar musim 2021, dan kita boleh menyediakan segala program dengan lebih tersusun untuk mereka ikut segala jadual yang akan disediakan oleh jurulatih kecergasan kita,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI