fbpx

‘Cukuplah berhimpun, bisnes kami terjejas, pelanggan takut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian peniaga yang menjalankan operasi seperti biasa kelihatan tidak terjejas meskipun Himpunan Aman Selamatkan Malaysia diadakan di sekitar perkarangan Pusat Beli Belah Sogo dan Jalan Dang Wangi ketika tinjauan hari ini. Foto oleh AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Para peniaga meluahkan rasa kecewa dan memberikan reaksi negatif berikutan pendapatan mereka terjejas susulan perarakan Himpunan Selamatkan Malaysia, di hadapan Kompleks beli-belah Sogo, di sini kelmarin.

Peniaga pakaian wanita yang ingin dikenali sebagai Zubaidah berkata, tindakan melakukan himpunan di tengah-tengah ibu kota pada hari minggu adalah tindakan populis dan memen­tingkan diri.

Dia yang berusia 50-an itu berkata, hari minggu adalah hari pengunjung paling banyak berada di lokasi itu, namun disebabkan himpunan dan penutupan jalan menyebabkan pendapatannya terjejas kerana menyukarkan pergerakan orang ramai.

“Kalau dibuat pada hari minggu mesti tiada orang datang, tapi bila buat hujung minggu ditambah dengan pengunjung, itu yang nampak macam ramai (peserta himpunan).

“Kita sebagai peniaga hanya mampu sabar dan tunggu sahaja himpunan ini habis, dia ibarat macam hujan, nanti habis baru datang pembeli,” katanya ketika ditemui Kosmo! di hadapan Kompleks Sogo, di sini semalam.

Sementara itu, peniaga makanan Zulkhairi Roslan, 35, meluahkan kerisauannya sekiranya kurang pengunjung akan hadir di tempatnya berniaga susulan himpunan tersebut.

“Dari sudut keuntungan sama sahaja dengan hari minggu sebelum ini, kemungkinan selepas ini pengunjung kurang sebab himpunan ini kita sendiri tak tahu, Tapi setakat ini dilihat terkawal.

“Harga barang naik itu memang ada dan kita peniaga nak naik harga barang pun takut sebab kuasa beli semakin kurang,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Himpunan Aman Selamatkan Malaysia berlangsung di Masjid Jamek Kampung Baru semalam.

Peserta Himpunan Selamatkan Malaysia kemudian berarak menuju Dang Wangi sebelum berhenti di hadapan Kompleks beli-belah Sogo, di sini.

Sekretariat Himpunan Aman Selamatkan Malaysia, Hilman Idham, dipetik mendakwa himpunan itu tetap diadakan untuk tuntutan kepada kerajaan se­perti mendakwa semula Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI