fbpx

PN tak buat demonstrasi kes Syed Saddiq? – Mohd. Puad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Puad.

PETALING JAYA – Datuk Mohd. Puad Zarkashi menyindir pimpinan Perikatan Nasional (PN) apabila tidak mengadakan demonstrasi membabitkan kes mahkamah dihadapi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, mahkamah pada Oktober 2022 telah pun memutuskan wujud Prima Facie dalam kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) dihadapi Syed Saddiq.

“Syed Saddiq sudah pun selesai bela diri pada bulan Mac 2023. Bila lagi hukuman akan dijatuhkan?

“Oktober 2022 mahkamah putuskan wujud Prima Facie kes songlap duit parti RM1.1 juta. Syed Saddiq diarah bela diri. PN dan Bar Council (Majlis Peguam) tidak buat demonstrasi ke?,” sindirnya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Mohd. Puad seterusnya mengingatkan Syed Saddiq yang juga Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) didakwa semasa Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.

“Jika dihukum bersalah jangan pula tuduh Kerajaan Perpaduan campur tangan,” sindirnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI