fbpx

[VIDEO] Rider rosakkan motosikal, kena tarik lepas 3 tahun tak bayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rider menendang motosikalnya sendiri sebelum diserahkan kepada ejen tarik kenderaan.

SERDANG – Perbuatan agresif seorang penunggang p-hailing menendang motosikalnya di Puchong, di sini dipercayai kerana kenderaan itu mahu ditarik ejen berikutan mempunyai tunggakan selama hampir tiga tahun.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, insiden itu berlaku pada 11 September lalu, kira-kira pukul 3.10 petang.

“Pemilik motosikal (penunggang p-hailing) tidak berpuas hati kerana motosikalnya akan ditarik disebabkan mempunyai tunggakan selama 34 bulan.

“Pemuda itu menendang motosikalnya sendiri sebelum diserahkan kepada ejen (yang menarik kenderaan),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, laporan untuk menarik motosikal tersebut telah dibuat oleh pihak ejen pada hari sama di Balai Polis Brickfield, Kuala Lumpur.

“Setakat ini, tiada kertas siasatan dibuka berhubung insiden tersebut,” tambahnya.

Satu rakaman video berdurasi lapan saat tular di media sosial yang memaparkan seorang rider menendang motosikal Yamaha Y15ZR berwarna hijau miliknya.

Lelaki terbabit yang memakai baju T sebuah syarikat p-hailing dan bertopi keledar menendang berulang kali motosikal tersebut yang sudah terjatuh. Tindakan itu menyebabkan beberapa bahagian motosikal tersebut mengalami kerosakan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI