fbpx

Himpunan Keretapi Sarong 2023 lebih ramai – Ketua Pemuda UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Himpunan Keretapi Sarong 2023 di ibu negara lebih mendapat sambutan berbanding Himpunan Selamatkan Malaysia dianjurkan Perikatan Nasional (PN)

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh dalam satu hantaran di Facebook berkata, Himpunan Keretapi Sarong 2023 di Dataran Merdeka mengumpulkan hampir 10,000 peserta.

“Tahniah Himpunan Keretapi Sarong 2023,” katanya dalam nada sindiran terhadap penganjur Himpunan Selamatkan Malaysia.

Muhamad Akmal seterusnya menyindir pemimpin utama Pemuda PN tidak kelihatan pada Himpunan Selamatkan Malaysia di ibu negara semalam.

“Bila wartawan semalam mencari pemimpin utama pemuda PN di himpunan depan sogo kerana tidak nampak mereka di sana.

“Tapi saya tetap husnuzon bukan mereka tidak hadir dan duduk di bilik hotel, tetapi mungkin mereka ini tersalah tempat program rasanya.

“Janji dah niat, Insya-Allah sampailah pahala selamatkan Malaysia,” sindirnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI