fbpx

Masjid seliaan Jakim anjur solat hajat esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na’im.

PUTRAJAYA – Masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya akan mengadakan solat sunat hajat esok, bagi memohon doa kesejahteraan rakyat Maghribi, Libya dan Sudan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd. Na’im Mokhtar berkata, masjid dan surau di Wilayah Persekutuan di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) turut diminta untuk melakukan ibadah sama.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengikut perkembangan laporan oleh agensi media tempatan dan antarabangsa berkenaan tragedi gempa bumi di Maghribi, banjir besar melanda Libya termasuk konflik di Sudan.

“Saya dan seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan ucapan takziah buat semua mangsa dan seluruh ahli keluarga serta mendoakan kemudahan dan kelancaran bagi urusan mencari dan menyelamat mangsa khususnya di Maghribi dan Libya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd. Naim berkata, solat hajat itu akan diadakan selepas waktu solat maghrib dan meminta rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan serta menghulurkan apa juga bentuk bantuan kepada mangsa bencana berkenaan.

“Selain itu, kita juga berdoa supaya segala usaha perdamaian akan berjaya menyelesaikan konflik yang meletus di negara Sudan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI