fbpx

APMM laksana Medevac, bantu nelayan warga Kemboja pengsan di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nelayan tersebut dibantu anggota APMM setelah dia pengsan di laut sekitar perairan Kuala Terong dekat Bagan Serai kelmarin.

BAGAN SERAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kurau melaksanakan Medical Evacuation (Medevac) ke atas seorang nelayan warga Kemboja dari sebuah bot tempatan setelah dia pengsan di kedudukan 20.1 batu nautika barat laut Kuala Terong dekat sini sekitar pukul 4 petang kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, pasukan bot perondanya diatur gerak ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat Medevac itu daripada Pusat Operasi (Pusop) Maritim Negeri Perak yang berpangkalan di Lumut.

“Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, mangsa, Some Phea yang berumur 50 tahun didapati telah pengsan dan dia dipindahkan ke bot APMM untuk dibawa ke jeti nelayan Bagan Panchor bagi menerima rawatan.

“Mangsa telah dibawa ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, APMM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam Medevac kali ini dan menasihati kepada semua komuniti maritim agar sentiasa mengutamakan keselamatan serta mematuhi undang-undang ketika berada di laut.

“Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan yang berlaku di laut boleh dilaporkan kepada Pusop Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS999 untuk tindakan segera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI