SEJAK mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Asraf Azman, semakin lucu pula Diva tengok Datin Intan Najuwa.
Bahkan dia juga sangat terbuka berkongsi tentang kehidupan selepas bergelar isteri. Seronok betul dengar perkongsiannya.
Antara yang mencuit hati, katanya dia sudah bertukar menjadi harimau (garang) selepas memegang status sebagai seorang isteri.
“Dulu kucing, sekarang sudah jadi harimau di rumah.
“Suami akan tahu saya sudah balik rumah sebab boleh dengar suara membebel walaupun jarak 500 meter lagi,” selorohnya dalam siaran langsung TikTok baru-baru ini.
Aduh! Lucu betul Intan sekarang tetapi itulah antara perubahan dalam kehidupan berumah tangga.
Harap nanti sudah ada anak, jangan bertukar jadi singa pula ya.
DIVA: Naik mual nak hadam kisah rumah tangga ND Lala dan bekas isteri. Cukup-cukuplah berdrama!