NAMPAKNYA, selepas resipi sambal sotong menjadi kegilaan, Ira Kazar kini semakin ligat beraksi di dapur dengan muncul dengan menu-menu lain.
Terbaharu, Diva tengok dia berkongsi resipi kentang daging bakar dan mi sizzling.
Sempat juga Diva membelek-belek ruangan komen, iyalah sebelum ini nama Ira merupakan antara paling dibenci ramai selepas kes Syamsul dan Puteri Sarah tetapi sekarang semakin disayangi pula.
Ramai juga memuji suaranya yang dikatakan sangat sesuai menjadi content creator untuk program masakan.
“Alahai lembutnya suara, rasa tenang je dengar.
“Pandai rupanya Ira memasak, kenyang perut suami balik kerja,” komen netizen.
Bagus jugalah dia sudah jumpa bakat terpendam dan menggunakannya dengan baik.
Rajin juga Ira membalas komen orang ramai dengan mengucapkan terima kasih atas semua pujian. Makin sayang orang dengan Ira nampaknya.
DIVA: Bosanlah dengan artis suka buat gimik murahan untuk jual produk.