PENYANYI Yazmin Aziz menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-22 pada 10 September lalu.
Memang ‘daring’ habis pakaian yang dipakai Yazmin ketika sambutan hari jadinya itu. Berani sungguh hanya pakai ‘bra’ yang dihiasi dengan batu-batuan supaya tampak lebih glamor.
Tapi apa yang menarik perhatian Diva, ramai rupanya tidak sangka usia Yazmin baru mencecah 22 tahun. Sebab rata-rata menganggap wanita berdarah kacukan Malaysia-Filipina itu kelihatan lebih tua berbanding usianya.
Mungkin sebab cara berpakaiannya yang terlalu mencolok mata. Yazmin pun dah lali asyik dikecam gara-gara terlalu seksi.
Orang kata, makin kebal dek cacian dan kejian. Yazmin memang mahu menjadi diri sendiri dengan imejnya yang seksi itu.
DIVA: Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada pula ditegur apabila dikatakan semakin hari, semakin seksi. Pakai baju pun semakin sendat sekarang.