MADRID, Sepanyol – Seorang ibu menyuarakan kebimbangan selepas perbuatan anaknya berasmara di dalam tandas pesawat bersama seorang wanita yang baru dikenali di lapangan terbang menjadi tular, lapor portal berita MailOnline.
Piers Sawyer, 23 dan seorang wanita yang tidak disebutkan namanya, ditangkap semasa melakukan perbuatan itu oleh kru kabin yang membuka pintu untuk mendedahkan mereka semasa penerbangan menuju Pulau Ibiza, Sepanyol.
Pasangan itu diberi tepukan dan sorakan ketika mereka tanpa segan silu, kembali ke tempat duduk masing-masing.
Namun, ibu Piers, Elaine memberitahu akhbar The Sun bahawa dia terkejut kerana rakaman itu memalukan, manakala video insiden tersebut dikongsi oleh rakan-rakannya dan dibincangkan dalam program televisyen, Loose Women.
Video yang dirakam adalah semasa penerbangan dari Luton.
Seorang jurucakap syarikat penerbangan EasyJet memberitahu MailOnline bahawa polis mengiringi pasangan tersebut selepas pesawat mendarat di Pulau Ibiza.
Namun, masih belum dapat disahkan sama ada mereka ditahan atau sebaliknya. – Agensi.