fbpx

Pearly-Thinaah diambang kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY dan Thinaah mara ke perlawanan akhir Terbuka Hong Kong selepas membenam cabaran pasangan Thailand.

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah menempah final kedua musim ini selepas me­langkah ke perlawanan akhir kejohanan Terbuka Hong Kong menewaskan pasangan Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard semalam.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Hong Kong Coliseum itu, Pearly-Thinaah menampilkan aksi cukup me­yakinkan sebelum mencatat kemenangan straight-set 21-13, ­21-18 dalam tempoh 36 minit.

Walaupun menang, namun masih ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki sekiranya mereka mahu menjulang gelaran sulung bagi kempen 2023.

Jurulatih beregu wanita negara, Hoon Thien How berkata, be­liau gembira dengan aksi ditampilkan anak-anak buahnya itu selain berharap Pearly-Thinaah dapat menampilkan aksi terbaik di pentas final.

“Secara jujur, memang saya gembira dengan prestasi yang ditampilkan Pearly dan Thinaah dalam perlawanan hari ini ­(semalam), tetapi masih ada satu lagi halangan, iaitu perlawanan akhir esok (hari ini).

“Bukan mahu cakap perlu memperbaiki apa-apa kelemahan, apa yang saya mahu daripada mereka esok (hari ini) adalah supaya lebih fokus dan percaya pada kemampuan diri sendiri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Untuk rekod, ini adalah final kedua Pearly-Thinaah dalam saingan Jelajah Dunia BWF (Persekutuan Badminton Dunia) musim ini selepas turut melakukannya pada kejohanan Malaysia Masters Mei lalu.

Selain itu, mereka juga masih belum memenangi sebarang kejuaraan setakat ini selepas kali terakhir melakukannya ketika di Terbuka Pe­rancis di Paris, Oktober tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, hasrat perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei ke perlawanan akhir tidak tertunai selepas kalah 14-21, 11-21 kepada Zhang Yi Man dari China.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI