fbpx

Yunie mahu berjaya dalam muzik klasik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUNIE dilabel pelik kerana gemarkan muzik klasik.

Biarpun telah mencecah umur 23 tahun, Nur Fatnin Ayunie Abdull Rahim percaya masih belum terlambat untuk mengejar im­pian untuk menempa nama dalam bidang muzik klasik.

Walaupun pernah dilabel ‘pelik’ hanya kerana meminati genre muzik yang jarang diminati ramai, anak kelahiran Negeri Jelapang Padi itu tidak menganggapnya sebagai satu halangan.

Lebih mesra disapa Yunie, kini dia bersedia untuk mengejar impian dengan masa depan yang cerah setelah berjaya menamatkan pengajian dari Universiti Teknologi Mara, Arau, Perlis.

Kosmo! Ahad menyingkap kehidupan Yunie sebagai gra­duan Sains yang punya cita rasa tersendiri dalam muzik klasik.

KOSMO! AHAD: Kongsikan mengenai diri Yunie?

Yunie: Saya merupakan anak kelahiran negeri utara Semenanjung yang baru menyingkap umur 23 tahun. Baru-baru ini, saya berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Kimia dari sebuah universiti tempatan di Perlis.
Sekarang saya membuat persiapan ­akhir untuk menjalani latihan amali perindustrian di Pulau Pinang yang dijadualkan pada Oktober depan.

Fakta menarik tentang Yunie?

Ramai tidak mengetahui me­ngenai genre muzik yang saya sangat minati sejak di bangku sekolah iaitu muzik klasik.

Ia ada daya tarikan tersendiri bagi Yunie dan kalau dengar lagu sememangnya lebih memilih untuk mendengar rakaman orkestra berbanding muzik genre lain.

Disebabkan pemilihan genre yang berbeza ini juga, saya pernah dilabel sebagai ‘pelik’ sebab cenderung kepada mendengar instrumen muzik lebih-lebih lagi muzik klasik.

Tetapi saya tidak pernah menyalahkan mereka kerana majoriti rakyat di Malaysia memang kurang menggemari genre muzik klasik.

GADIS manis ini memilih lelaki yang rajin dan berfikiran matang.

Perancangan Yunie selepas ini, menyambung pelajaran atau fokus kerjaya?

Fokus sekarang lebih kepada mahu mendapatkan kerjaya stabil yang boleh menawarkan pendapatan setara dengan kelayakan.

Jika ditakdirkan tidak dapat gaji tinggi sekalipun, asalkan ada kehidupan bekerja yang seimbang.

Sekarang tidak boleh memilih lebih-lebih lagi bagi yang baru habis belajar macam saya.

Pada masa sama, saya memasang impian untuk menyertai orkestra. Saya mahu mencuba untuk menempa nama dalam bidang ini, sekali seumur hidup pun jadilah.

Pengalaman yang tidak boleh dilupakan?

Antara yang tidak boleh dilupakan ialah pengalaman menjaga arwah datuk yang pada masa itu baru melakukan pembedahan memotong kaki.

Memandangkan semua orang bekerja dan saya belajar secara online di rumah, saya lah yang menjaganya. Agak mencabar dan tertekan pada awalnya sebab banyak tugasan juga, tetapi saya cuba kawal emosi.

Ciri-ciri lelaki idaman?

Saya tidak ada ciri yang spesifik, tetapi kalau boleh biarlah seorang yang rajin, berfikiran matang dan boleh menggalas tanggungjawab untuk dijadikan sebagai pendamping hidup. Cukup tiga ciri utama ini sahaja bagi saya, tidak perlu panjang lebar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI