SABAK BERNAM – Mayat seorang lelaki tanpa identiti dan dihurung lalat ditemui terdampar di kawasan pasir tepi Pantai Siput Bumi Hijau, Sungai Air Tawar di sini, hari ini.
Mayat itu ditemui kira-kira pukul 10.45 pagi oleh dua beranak yang sedang mencari remis di pantai tersebut selepas terhidu bau busuk.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, pemeriksaan pada badan lelaki itu tdak menemui sebarang kesan kecederaan dan luka fizikal.
“Hasil pemeriksaan tidak menemui suntikan Bacillus Calmette Gurin (BCG) di lengan mangsa. Mangsa dipercayai warga asing. Mayat dihantar ke Hospital Sabak Bernam untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE