fbpx

Bomoh ular lepas ular dalam kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertengkaran itu tercetus gara-gara penumpang enggan membayar derma selepas persembahan. - Unsplash

NEW DELHI, India – Empat bomoh ular di negeri Uttar Pradesh, India nekad melepaskan beberapa ekor ular di dalam gerabak kereta api Chambal Express selepas bertengkar dengan penumpang mengenai derma untuk persembahan mereka. 

Laman berita Wion News melaporkan, bomoh-bomoh ular itu menaiki kereta api Chambal Express yang beroperasi antara bandar Howrah dan Gwalior pada 9 September lalu.

Seorang penumpang, Dheeraj Kumar berkata, bomoh-bomoh ular itu pada awalnya membuka penutup bakul sebelum membuat persembahan. Mereka meniup seruling dan ular-ular tedung itu bergoyang mengikut irama yang dimainkan.

Selepas persembahan, mereka meminta wang daripada penumpang.

“Sesetengah penumpang memberikan wang tetapi ada yang menolak. Apabila beberapa penumpang enggan membayar, mereka bertengkar,” kata Dheeraj.

Di tengah-tengah pergaduhan itu, bomoh-bomoh ular tersebut nekad melepaskan ular di dalam gerabak kereta api untuk menakut-nakutkan penumpang.

Tindakan itu mengakibatkan penumpang berebut-rebut memanjat ke atas katil, manakala ada yang bersembunyi di dalam bilik air. 

Pegawai bertugas Pasukan Polis Kereta Api (RPF) di stesen Mahoba, Akhilesh Pratap Singh berkata, bilik kawalan kereta api dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Selepas kira-kira sejam, bomoh-bomoh ular itu akhirnya menangkap semua ular yang dilepaskan dan turun daripada kereta api tersebut.

“Kami sudah bercakap dengan penumpang di stesen kereta api Mahoba dan mereka mengesahkan kejadian itu. Walaupun ular itu tidak mencederakan penumpang, terdapat tekanan yang ketara dalam gerabak kereta api,” kata Akhilesh.

Pasukan RPF menggeledah kereta api itu untuk memastikan keselamatan penumpang namun tiada ular ditemui. Ia kemudian meneruskan perjalanan ke Gwalior – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI