fbpx

EPL: Guardiola dianggap paling bijak berbelanja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA berjaya menjulang 37 trofi sepanjang karier kejurulatihannya termasuk 15 gelaran bersama City. - AFP

LONDON – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola dianggap sebagai pengurus dan jurulatih terbaik dari aspek melakukan pelaburan yang menguntungkan kelab berdasarkan kejayaan memenangi trofi.

Laporan Transfermarkt mendedahkan bahawa Guardiola berada dalam senarai 10 pengurus dan jurulatih yang telah berbelanja besar sepanjang karier mereka sebagai pengendali kelab termasuk Jose Mourinho, Carlo Ancelotti, Jurgen Klopp, Diego Simeone, Mauricio Pochettino, Antonio Conte, Thomas Tuchel, Manuel Pellegrini dan Max Allegri.

Berdasarkan statistik, Guardiola sudah menghabiskan dana sebanyak £1.75 bilion (RM10.18 bilion) untuk mendapatkan pemain baharu sepanjang kariernya di Barcelona, Bayern Munich dan City.

Sepanjang kariernya sebagai pengendali pasukan, Guardiola sudah berjaya meraih sebanyak 37 trofi dan berdasarkan jumlah perbelanjaan yang digunakan tersebut menyaksikan beliau hanya memerlukan £47.3 juta (RM275.10 juta) untuk memenangi satu kejuaraan.

Musim lalu menyaksikan Guardiola berjaya membimbing City untuk meraih gelaran trebel dan sejak tiba di Etihad, beliau sudah menghabiskan sebanyak £1.27 bilion (RM7.39 bilion) untuk mendapatkan pemain baharu dan membina pasukan itu.

Dalam senarai berkenaan juga menunjukkan bahawa Mourinho sudah menghabiskan £1.6 bilion (RM9.31 bilion) untuk membina pasukan yang diwakili bagi memenangi 26 trofi, manakala Klopp, terpaksa membelanjakan sebanyak £81 juta bagi meraih 12 gelaran selepas membelanjakan £971 juta (RM5.64 bilion).

Bagaimanapun, pengurus yang dianggap paling kurang efektif dalam senarai berkenaan adalah Pochettino yang mengemudi Chelsea ketika ini apabila hanya memenangi tiga kejuaraan sepanjang kariernya.

Pochettino mengeluarkan perbelanjaan sebanyak £989 juta (RM5.75 bilion) sepanjang bersama Tottenham Hotspur dan Paris Saint-Germain dan hanya memenangi tiga trofi yang dinisbahkan bernilai £329.7 juta (RM1.9 bilion) setiap satu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI