fbpx

Dilantik tokoh agama, Ustaz Kazim mahu tarik anak muda sertai Perkim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Kazim menyampaikan ucapan selepas Menerima Watikah Tokoh Agama PERKIM Bahagian Negeri Perak.-Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

IPOH – Persepsi atau tanggapan bahawa Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) sebagai pertubuhan yang menjaga muallaf dan dianggotai oleh golongan berusia perlu diubah.

Penceramah bebas, Datuk Mohamad Kazim Elias berkata, sebagai pertubuhan yang dekat dengan masyarakat, Perkim perlu mendekati semua peringkat usia termasuk golongan muda.

Beliau berkata, sebagai penerima Tokoh Agama Perkim Perak, usaha akan dilakukan bagi membantu Perkim memperkasakan semula pertubuhan tersebut.

“Perkim telah berjasa besar kepada agama dan masyarakat Islam sejak puluhan tahun, tetapi mereka lebih diingati dengan mualaf.

“Ini perlu diperbetulkan dalam pemikiran masyarakat dan dalam hal ini, PERKIM perlu ke hadapan melibatkan semua peringkat masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima watikah pelantikan sebagai Tokoh Agama Perkim Perak 2023-2025 di Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi di sini hari ini.

Menurutnya, beliau akan membantu Perkim Perak dalam aktiviti dakwah, khususnya menggunakan media sosial kerana ia lebih mudah diterima golongan muda.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI