fbpx

Tubuh Task Force pastikan keperluan ikan musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Faiz (tengah) bersama nelayan yang menerima bantuan tersebut di Kampung Tongkah, Kuala Langat. -Foto AFIQ RAZALI

KUALA LANGAT – Sebuah pasukan petugas khas (task force) telah ditubuhkan bagi memastikan bekalan ikan mencukupi sepanjang musim tengkujuh.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil berkata, ini berikutan ramai nelayan tidak turun ke laut pada musim tersebut susulan soal keselamatan.

Katanya, persediaan awal perlu dilakukan agar bekalan ikan dan hasil laut dapat menampung permintaan dalam pasaran.

“Pada masa ini, task force telah diwujudkan untuk melihat keperluan bekalan ikan menjelang musim monsun.

“Kita akan pastikan fasiliti untuk bilik sejuk LKIM (di setiap negeri) sudah tersedia untuk menempatkan stok ikan,” katanya hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan kepada 50 nelayan dari Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Langat di Kampung Tongkah di sini menerusi Program Peningkatan Pendapatan-Insentif atau Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan.

Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan negara akan memasuki fasa Monsun Timur Laut pada November ini dengan beberapa siri hujan menyeluruh dijangka berlaku di negeri-negeri pantai timur Semenanjung dan barat Sarawak. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI