fbpx

Lelaki ditemui maut tanpa dokumen pengenalan diri, waris dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG- Polis sedang mengesan waris kepada seorang lelaki yang maut dalam kemalangan di hadapan sebuah sekolah di Jalan Awan, Kuala Ampang, di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.24 pagi di lokasi kejadian.

“Mangsa yang berusia 40-an itu didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri selain tidak dipastikan warganegara ketika mayatnya ditemukan.

“Mangsa mempunyai ketinggian sekitar 170 sentimeter (cm) ke atas, memakai baju warna gelap, berseluar panjang warna hitam dan memakai kasut boot warna hitam ketika kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wajah mangsa serta pakaian yang dikenakannya ketika kemalangan berlaku di di Jalan Awan, Kuala Ampang, Ahad lepas.

Tambah beliau, ,pihak polis meminta waris mangsa untuk tampil membantu siasatan dan setakat ini mayat mangsa berada di Hospital Ampang.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai waris individu tersebut boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Bahagian Siasatan Ampang Jaya, Inspektor Muhamad Yusaiful Muhamat Basir di talian 011-1307 8348 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI