fbpx

Kemalangan di Selangor meningkat 10.3 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kadar kemalangan jalan raya di Selangor mencatatkan peningkatan sebanyak 10.39 peratus sepanjang tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, statistik terkini pihaknya mendapati sebanyak 113,708 kes kemalangan direkodkan bermula Januari lalu dan jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 10,704 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

“Peningkatan turut melibatkan kemalangan maut iaitu sebanyak 709 kes direkodkan di seluruh negeri ini. Ia meningkat sebanyak 51 kes berbanding 658 kes pada tahun lalu.

“Terdapat tiga kes kemalangan melibatkan pegawai dan anggota polis masing-masing bagi kes kematian, cedera parah dan cedera ringan,” katanya di sini hari ini.

Justeru, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya memandu secara berkhemah dengan mengutamakan keselamatan diri dan mematuhi peraturan ditetapkan.

“Polis telah melaksanakan kempen keselamatan jalan raya supaya orang awam sedar akan kepentingan untuk menjaga keselamatan diri sendiri, keluarga dan orang lain.

“Kesedaran ini yang mampu mengurangkan kemalangan dan keberhasilan impak kempen-kempen yang dijalankan semua pihak,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI