fbpx

Nahas 3 warga emas: Mangsa pernah mimpi arwah suami, anak pakai baju putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORSINAH menunjukkan gambar ibunya, Fatimah yang merupakan salah seorang mangsa maut dalam kemalangan di Kilometer 167, Johor Bahru - Seremban, Segamat, petang semalam.

SEGAMAT – Salah seorang mangsa kemalangan maut pernah bermimpi menemui arwah suami dan anak yang berpakaian serba putih dan mengajaknya ke alam lain sebelum dia terlibat dalam kemalangan di Kilometer 167, Johor Bahru- Seremban, Segamat di sini petang semalam.

Menurut Norsinah Embok Hitam, 45, ibunya, Fatimah Ismail, 66, menceritakan dia didatangi arwah bapa dalam mimpi dua hari sebelum kemalangan.

“Dua hari lalu, ibu bercerita kepada saya, arwah ayah dan abang kerap datang dalam mimpinya dengan berpakaian serba putih.

“Ibu juga beritahu dia diajak menyusul mengikuti arwah ayah, Embok Hitam dan abang saya, Mohd Jamal ke dunia lain. Saya kini hilang tiga insan tersayang dalam tempoh singkat,”katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Segamat (HDS) di sini hari ini.

Selain Fatimah, dua lagi mangsa yang meninggal dunia ialah nenek Norsinah yang juga ibu kepada Fatimah, Indok Akok, 89, serta adik iparnya, Tahallah Abd Fatah, 62

Ketiga-tiga mangsa terkorban di tempat kejadian apabila Perodua Alza yang dinaiki bersama tujuh lagi ahli keluarga ketika dalam perjalanan pulang dari Segamat menuju ke di Parit Kerimun, Benut, Pontian.

Difahamkan mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke Pontian selepas menziarahi ahli keluarga di Segamat.

Dalam kejadian pada pukul 5.40 petang itu, mangsa terbunuh selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza bertembung dengan trak pikap Toyota Hilux.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Hilux yang dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menuju ke arah Segamat telah gagal memasuki lorong kiri jalan sepenuhnya dari arah kanan jalan lalu dilanggar dari arah belakang kiri oleh Honda Jazz.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI