fbpx

Nahas Elmina: Mustahil ada manusia selamat, daya nyahpecutan tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, 17 Ogos lalu. -Foto FARIZ RUSADIO/KOSMO!

PETALING JAYA – Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian dan analisis video mengesahkan kemalangan membabitkan pesawat ringan jenis Beechcraft Premier di Elmina, Shah Alam 17 Ogos lalu adalah tidak dapat diselamatkan.

Laporan awal nahas Elmina memaklumkan, analisis video dan di lokasi kejadian memaklumkan bahagian sayap kanan pesawat terhempas ke tanah dahulu sebelum bahagian hadapan pada kelajuan yang tinggi menjurus kepada kerosakan teruk pada pesawat.

Kata laporan itu, situasi yang dialami pesawat dan pergerakan sebelum terhempas serta tahap impak (hentakan) adalah mustahil untuk seseorang manusia boleh terselamat dalam kemalangan itu.

“kemalangan itu tidak dapat diselamatkan kerana magnitud daya nyahpecutan dan kebakaran selepas kemalangan berlaku.

“Juruterbang pertama (PIC) dan juruterbang kedua (SIC) juga memegang sijil perubatan perubatan yang sah daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM),”kata laporan itu.

Pada 17 Ogos lalu, negara dikejutkan dengan insiden pesawat ringan jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Selangor dan mengorbankan 10 individu termasuk pemandu kereta dan penunggang motosikal.

Pesawat itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di mana pesawat itu terhempas dua minit sebelum mendarat.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat yang terhempas di Elmina, Shah Alam tidak membuat panggilan kecemasan atau ‘Mayday’.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI