fbpx

Sistem pembayaran tol terbuka mula dilaksana di GCE, Akleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPT kini dilaksanakan di Lebuh Raya GCE dan Lebuh Raya Akleh sejak 9 September lalu.

PETALING JAYA – Ujian rintis Sistem Pembayaran Terbuka (SPT) untuk kutipan menggunakan kad debit, kad kredit atau kad prabayar kini dilaksanakan di Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas), Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, alternatif baharu pembayaran tol itu boleh digunakan oleh pengguna kenderaan Kelas 1 (kereta) di lorong yang telah dikenal pasti dengan papan tanda khas pada gantri.

“Sistem itu mula dijalankan di ketiga-tiga plaza tol Lebuh Raya GCE iaitu Plaza Tol Bukit Jelutong, Plaza Tol Elmina dan Plaza Tol Lagong bermula Rabu.

“Sementara itu, Plaza Tol Datuk Keramat, Lebuh Raya Akleh sudah menerima pembayaran tol baharu itu sejak 9 September lalu.

“Satu lorong disediakan di setiap plaza tol untuk proses percubaan sistem itu selaras dengan piawaian yang ditetapkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kaedah ini sebagai tambahan untuk kaedah pembayaran sedia ada seperti kad Touch n’ Go, SmartTag dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Menurutnya lagi, inisiatif ini dijangka menyediakan kemudahan dan fleksibiliti untuk pengguna lebuh raya di plaza tol dengan lebih banyak pilihan pembayaran tol.

“Sekali gus menyumbang ke arah penambahbaikan industri lebuh raya negara secara keseluruhannya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI