fbpx

Nahas Elmina: Siasatan fokus kegagalan sistem pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyiasat termasuk daripada Amerika Syarikat menjalankan siasatan di lokasi nahas pesawat. -Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kegagalan sistem kawalan pesawat menjadi fokus siasatan selepas memperoleh petunjuk kritikal daripada kotak perakam suara kokpit (CVR) mengenai punca kemalangan pesawat jenis Beechcraft Model 390, Premier 1, di Elmina, 17 Ogos lalu.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) dan pembekal produk asal (OEM) yang masih belum selesai diperlukan untuk menentukan punca kemalangan.

Mendedahkan perkara tersebut, laporan awal nahas Elmina memaklumkan, transkrip awal rakaman CVR telah selesai dan analisis fail audio sedang dijalankan pada masa laporan awal ini dikeluarkan.

Katanya, transkrip daripada rakaman suara kokpit bakal dimasukkan dalam laporan akhir sekiranya penting untuk analisis dan pemahaman kemalangan itu.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI