fbpx

Dakwa disamun, sebenarnya tidak mampu beri isteri wang belanja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis memasuki kawasan samun yang didakwa kononnya lokasi seorang lelaki disamun di Jalan Ibok - Paman, Kemaman malam tadi.

KEMAMAN – Seorang lelaki yang terdesak akibat kehabisan wang gaji hingga tidak mampu memberi isterinya wang belanja disyaki tergamak membuat laporan palsu kononnya menjadi mangsa samun.

Helahnya kononnya disamun dua lelaki di Jalan Ibok – Paman di sini semalam terbongkar apabila siasatan polis mendapati sebaliknya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pada mulanya, suspek berusia 29 itu membuat laporan di Balai Polis Pasir Gajah di sini pada pukul 4.20 petang kononnya telah disamun.

Beliau berkata, berdasarkan laporan lelaki tersebut, dia mendakwa kononnya telah disamun dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha Y150ZR.

“Dia mendakwa dua lelaki yang menyamunnya itu sukar dikenali kerana memakai jaket dan topi keledar bertutup penuh serta tidak dapat mengenalpasti nombor pendaftaran motosikal digunakan.

“Dakwanya, dia kerugian wang tunai RM1,500, rantai dan loket emas bernilai RM700 serta dompet akibat perbuatan samun tersebut,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, siasatan lanjut polis termasuk pemeriksaan di lokasi kejadian didakwa meragui keterangan lelaki terbabit.

Jelas beliau, hasil soal-siasat awal akhirnya suspek yang menetap di Jalan Air Putih di sini mengaku membuat laporan palsu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI